Mayat bayi perempuan dibalut telekung ditinggal dalam tandas awam

Mohd Noor Helmy berkongsi penemuan mayat bayi berkenaan menerusi Facebooknya pagi ini.
Mohd Noor Helmy berkongsi penemuan mayat bayi berkenaan menerusi Facebooknya pagi ini.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Beg kain disangka berisi pakaian rupanya mengandungi mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditinggalkan dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini pada Jumaat.

Pekerja pembersihan, Baharudin Bachik, 57, berkata, beg tersebut diletakkan di tempat persalinan bayi tandas berkenaan sekitar jam 9.40 pagi ketika kerja pembersihan dijalankan.

Menurutnya, beg berkenaan ditemui rakannya yang memaklumkan kandungan beg itu meragukan seperti mengandungi kepala bayi.

“Memang biasa orang tinggalkan pakaian, tapi bila kawan saya kata nampak macam kepala, saya periksa dan memang betul ada bayi.

“Keadaan bayi itu dibungkus dengan telekung sebelum dimasukkan dalam beg tersebut.

"Keadaannya bersih tanpa ada kesan darah ketika ditemui,” katanya yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Terdahulu berita penemuan mayat bayi berkenaan dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem menerusi perkongsian di Facebook yang meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian berkenaan.

Menurut beliau, insiden itu amat menyedihkan lebih-lebih lagi berlaku pada pagi Jumaat.

“Cukup sifat dan masih bertali pusat. Memang s***lah siapa punya pekerjaan ni. Bikin angin pagi-pagi Jumaat. Maklumat lanjut korang baca kat portal online jerlah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik tiba sekitar jam 11 pagi bersama pegawai penyiasat dan meninggalkan lokasi 30 minit kemudian.

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik tiba sekitar jam 11 pagi bersama pegawai penyiasat dan meninggalkan lokasi 30 minit kemudian.
Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik tiba sekitar jam 11 pagi bersama pegawai penyiasat dan meninggalkan lokasi 30 minit kemudian.

Sementara itu pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

 

 

Ringkasan AI

  • Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit
  • Penemuan tersebut menggemparkan orang awam
  • Bayi berkenaan dipercayai diletakkan bersebelahan sinki dibungkus dengan kain telekung
  • ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian
  • Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis dan siasatan masih dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!