Pusat hiburan tawar khidmat GRO warga Myanmar diserbu

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kegiatan sebuah pusat hiburan dipercayai menawarkan gadis pelayan (GRO) warga Myanmar terbongkar dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di sebuah premis di Lebuh Pudu pada Sabtu.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu dijalankan menerusi Ops Gegar yang melibatkan 15 pegawai dan anggota.

"Seramai 32 individu diperiksa dan 27 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan 12 wanita warga Myanmar, tiga lelaki dan seorang wanita warga Nepal serta seorang lelaki warga Bangladesh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, premis ini turut dilengkapi dengan ciri keselamatan lengkap selain memiliki tiga lapis pintu.

"Pasukan serbuan terpaksa menempuh tiga lapis pintu keselamatan sebelum berjaya menembusi premis tersebut.

"Ketika pintu dibuka, keadaan premis kelihatan kosong tetapi hasil pemeriksaan lanjut, kami berjaya menemui pintu rahsia yang membawa ke ruang utama hiburan," katanya.

Harga GRO dipercayai berdasarkan kalungan yang diberikan pelanggan.
Harga GRO dipercayai berdasarkan kalungan yang diberikan pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, khidmat gadis GRO itu ditawarkan dengan harga antara RM80 hingga RM150 bergantung kepada jenis kalung yang dipilih pelanggan.

"Tip ini menjadi isyarat kepada GRO untuk melayani pelanggan tertentu mengikut bayaran yang telah dipersetujui.

"Selain itu, maklumat awal juga menunjukkan terdapat tawaran khidmat seks di luar premis dengan harga yang dibincangkan secara peribadi antara pelanggan dan GRO," katanya.

Wan Mohammed Saupee, kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Sementara itu, satu saman ke atas saksi (Borang Imm.29) turut dikeluarkan sepanjang tempoh operasi," katanya.

Ujarnya, pihaknya akan terus mempergiatkan serbuan ke atas premis hiburan yang menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!