Sindiket judi guna 'calling centre' di tingkat 23 diserbu polis

Polis menyerbu sebuah premis di Jalan Kia Leng, Kuala Lumpur dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan promosi perjudian.
Polis menyerbu sebuah premis di Jalan Kia Leng, Kuala Lumpur dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan promosi perjudian.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis menyerbu satu unit premis di tingkat 23 sebuah bangunan di Jalan Kia Peng di sini yang dipercayai beroperasi sebagai pusat panggilan bagi mempromosikan aktiviti perjudian pada Selasa.

Serbuan Op Dadu itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, serbuan kira-kira jam 1 tengah hari itu telah menahan 13 individu, terdiri daripada dua warga China dan 11 warga tempatan.

Menurutnya, semakan mendapati dua daripada yang ditahan merupakan warga China.

“Polis turut merampas pelbagai barangan, antaranya 14 set peralatan komputer, dua komputer riba, dua unit modem serta satu unit penghala (router),” katanya pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut dipercayai menjalankan operasi pusat panggilan (calling centre) perjudian dalam talian yang menyasarkan pasaran negara jiran.

Tambahnya, sindiket itu dipercayai telah beroperasi sejak April lalu dengan menyewa premis berkenaan.

“Tangkapan dipercayai menerima gaji sekitar RM3,000 hingga RM4,000,” ujarnya.

Kesemua tangkapan dan barangan rampasan telah dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!