Mohamed Usuf dilantik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur

Simbolik serah terima tugas Azry Akmar (kiri) kepada Mohamed Usuf di IPK Kuala Lumpur pada Isnin.
Simbolik serah terima tugas Azry Akmar (kiri) kepada Mohamed Usuf di IPK Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur pada Isnin.

Mohamed Usuf menggantikan Datuk Azry Akmar Ayob yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata, beliau mengucapkan penghargaan kepada Azry Akmar yang akan melangkah ke destinasi baharu dalam meneruskan khidmat bakti kepada negara.

"Terima kasih di atas segala komitmen dan khidmat bakti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sepanjang memegang jawatan ini selama 25 bulan," katanya dalam ucapan pada Majlis serah terima tugas di IPK Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Rusdi berkata, beliau amat menghargai segala bentuk kepimpinan, bimbingan, pandangan dan nasihat serta semangat dedikasi yang telah ditunjukkan oleh Azry Akmar.

"Saya percaya, pertukaran ini adalah satu langkah positif kepada Azry Akmar untuk terus mengembangkan lagi potensi dan pengalaman dalam perkhidmatan.

"Saya yakin, berbekalkan pengalaman Azry Akmar sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sudah pasti akan lebih memudahkan untuk berkhidmat di tempat baharu.

Artikel Berkaitan:

Rusdi berkata, warga Polis Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan syabas kepada Mohamed Usuf yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur baharu.

"Berilah kerjasama yang terbaik kepada Mohamed Usuf agar semua penugasan dapat dijalankan dengan sempurna," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!