Ops Gegar: 66 warga asing termasuk GRO ditahan

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 66 warga asing termasuk 56 wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan, di sini pada Selasa.
Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, dalam Ops Gegar pada jam 10 malam itu, kesemua yang ditahan berusia antara 21 hingga 51 tahun.
Menurutnya, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 47 warga Thailand, lima warga Laos, dua wanita Indonesia dan masing-masing seorang warga Vietnam dan China.
Lelaki warga asing yang ditahan pula terdiri daripada lima warga India, masing-masing dua warga Vietnam dan Indonesia serta satu warga Filipina.
“Ketika serbuan dijalankan ada antara warga asing ini cuba melarikan diri, namun mereka semua berjaya ditahan.
“Siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Rusdi berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut mengeluarkan dua keping Borang 29 (saman kepada saksi) bagi membantu siasatan.
Kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Setia Tropika di sini bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
Ringkasan AI
- Jabatan Imigresen Malaysia Johor menahan 66 warga asing termasuk 56 wanita disyaki pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan
- Warga asing yang ditahan berusia antara 21 hingga 51 tahun
- Kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada 47 warga Thailand, lima warga Laos, dua wanita Indonesia dan masing-masing seorang warga Vietnam dan China
- Lelaki yang ditahan terdiri daripada lima warga India, masing-masing dua warga Vietnam dan Indonesia serta satu warga Filipina
- Semua warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

