Tular video Zara Qairina kongsi manfaat tinggal di asrama

Nama Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang maut akibat terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, terus menjadi sebutan apabila satu lagi video menyentuh hati tular di media sosial sejak Ahad.

A
A
A

KOTA KINABALU - Nama Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu yang maut akibat terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, terus menjadi sebutan apabila satu lagi video menyentuh hati tular di media sosial sejak Ahad.

Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Muhammad Syazwan, memaparkan Allahyarham bersemangat berkongsi pengalaman manisnya tinggal di asrama.

Dalam rakaman itu, Zara kelihatan ceria sambil menerangkan pelbagai manfaat kehidupan asrama, termasuk dari aspek disiplin, berdikari dan erti persahabatan.

Melalui suntingan kreatif berbentuk ‘speech bubble’, Zara menyenaraikan kebaikan-kebaikan tinggal di asrama seperti meningkatkan disiplin diri, belajar berdikari, melatih kerjasama, bijak mengurus masa, dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang serta memupuk rasa hormat antara rakan.

Video pendek itu dimulakan dengan ucapan salam daripada Allahyarham dan diakhiri dengan kata-kata ringkas namun penuh makna, 'Terima kasih, bye'.

Dalam rakaman itu, Zara kelihatan ceria sambil menerangkan pelbagai manfaat kehidupan asrama, termasuk dari aspek disiplin, berdikari dan erti persahabatan.
Dalam rakaman itu, Zara kelihatan ceria sambil menerangkan pelbagai manfaat kehidupan asrama, termasuk dari aspek disiplin, berdikari dan erti persahabatan.

Rakaman tersebut mengundang reaksi sayu dalam kalangan warga maya yang terus menzahirkan rasa simpati dan menyeru agar kematian Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya, selain mengiringinya dengan doa agar roh adik Zara tenang di sisi-Nya.

Sehingga kini, video tersebut meraih kira-kira 1,300 tanda suka, dikongsi lebih 1,800 pengguna dan menerima hampir 1,100 komen, yang bukan sahaja memuji keperibadian Allahyarham, malah turut menyuarakan solidariti dengan tanda pagar #JusticeForZara sebagai desakan agar kes ini disiasat dengan adil dan menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Zara Qairina Mahathir, 13, dilaporkan terjatuh dari bangunan asrama perempuan di sebuah sekolah berasrama agama di Papar, sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematian tragis itu mendapat liputan meluas dan menjadi perhatian warga maya selepas dikaitkan dengan dakwaan kejadian buli yang dipercayai berlaku di asrama berkenaan, sehingga mencetuskan gelombang solidariti di media sosial dengan tanda pagar #JusticeForZara.

Kronologi kejadian yang dikongsi di media sosial telah menimbulkan pelbagai persoalan dan gesaan agar siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya turut menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Ibunya, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan harapan agar keadilan ditegakkan buat anak tunggalnya itu dan menggesa agar tiada sebarang perkara disembunyikan dalam proses siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!