Helikopter PDRM terhempas: Devendran masih ditidurkan, guna bantuan pernafasan

Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam , Datuk Noor Sham Md Jani (kiri) diiringi Dr Mitesh (kanan) tiba di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Ahad bagi melawat lima mangsa kemalangan helikopter. - Foto: Bernama
Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam , Datuk Noor Sham Md Jani (kiri) diiringi Dr Mitesh (kanan) tiba di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Ahad bagi melawat lima mangsa kemalangan helikopter. - Foto: Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Pulai, Gelang Patah pada Khamis lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Amanah (HSA) di sini dilaporkan stabil.

Timbalan Pengarah Hospital 2, HSA, Dr C Mitesh berkata, dua daripada pegawai berkenaan, Konstabel R.G Devendran, 30,masih ditidurkan dan memerlukan bantuan pernafasan sementara Koperal Adeline Liu Yan Siu, 32, pula dipantau rapi pasukan perubatan.

"Tiga lagi mangsa yang cedera dan stabil dirawat di dalam wad biasa juga masih dalam pemerhatian termasuk doktor pakar ortopedik kerana ada yang cedera dan perlu rawatan rapi yang lain.

“Jadi, kalau ikutkan keadaan semasa, kelima-lima (mangsa), dalam keadaan yang stabil," katanya ketika ditemui pemberita di lobi HSA, pada Ahad.

Khamis lalu, dua pegawai dan tiga anggota polis dikejarkan ke HSA selepas helikopter jenis AS355N milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, ketika melakukan demonstrasi Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (Mitasom 2025) melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), helikopter itu berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi dengan membawa lima penumpang termasuk juruterbang sebelum terhempas di lokasi.

Akibat kemalangan itu, dua kru iaitu Koperal Adeline Liu Yan Sin dan Konstabel R.G Devendran dilaporkan kritikal.

Sementara itu, juruterbang, Asisten Komisioner Faizul Muhammad; pembantu juruterbang, Superintendan Ahmad Bustamin Baharom serta Sarjan Siti Latipa Khairuddin turut cedera.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!