Permohonan tangguh bicara 14 Julai bagi perhimpunan aman ditolak

Permohonan Badan Peguam Malaysia bagi menangguhkan semua prosiding mahkamah pada 14 Julai depan bagi menyertai perhimpunan dan perarakan aman telah ditolak. - Gambar hiasan
Permohonan Badan Peguam Malaysia bagi menangguhkan semua prosiding mahkamah pada 14 Julai depan bagi menyertai perhimpunan dan perarakan aman telah ditolak. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Permohonan Badan Peguam Malaysia bagi menangguhkan semua prosiding mahkamah pada 14 Julai depan untuk membolehkan peguam menyertai perhimpunan dan perarakan aman mempertahankan kebebasan kehakiman telah ditolak oleh Pemangku Ketua Hakim Negara, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.

Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azhaniz Teh Azman Teh berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira bahawa tarikh berkenaan melibatkan kes-kes yang telah ditetapkan lebih awal serta membabitkan pelbagai pemegang taruh.

“Saya telah diarahkan oleh Tan Sri Hakim Besar Malaya yang menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas Ketua Hakim Negara untuk memaklumkan bahawa permohonan telah dipertimbangkan sewajarnya.

“Namun demikian, memandangkan tarikh berkenaan melibatkan kes-kes yang ditetapkan lebih awal serta melibatkan pelbagai pemegang taruh, pihak yang berkepentingan, saksi-saksi dan pegawai-pegawai yang telah membuat persiapan bagi tujuan perbicaraan atau sambung bicara, permohonan penangguhan tidak dapat dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, Badan Peguam Malaysia dilaporkan menyatakan mengenai penganjuran Perhimpunan dan Perarakan Aman yang akan bermula dari Istana Kehakiman dan berakhir di Pejabat Perdana Menteri.

Jelasnya, objektif utama perhimpunan itu adalah untuk menyerahkan memorandum penting yang mengandungi tuntutan agar langkah segera diambil bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!