Kerajaan beri moratorium perhimpunan aman tanpa surat kebenaran

Anwar - Foto: Bernama
Anwar - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memberi moratorium bagi membolehkan perhimpunan aman berjalan tanpa perlu surat kebenaran pemilik premis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sementara menunggu pindaan baharu Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) berkuat kuasa.

"Keputusan ini mempermudahkan apa jua bentuk perhimpunan, kecuali sekiranya perhimpunan itu mencetus ancaman keselamatan," katanya pada Jumaat.

Menurutnya, pindaan Akta 736 akan dibentang di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Jelas beliau, pindaan itu akan mengetepikan keperluan mendapat kelulusan tempat berhimpun, sebaliknya badan atau kumpulan penganjur hanya perlu membuat pemaklumkan kepada polis dalam tempoh lima hari sebelum perhimpunan.

"Ini adalah reformasi penting selaras dengan prinsip Madani yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara serta berbeza pandangan," ujarnya.

Kerajaan sebelum ini bersetuju meminda akta berkenaan dengan menghapuskan syarat bagi penganjur perhimpunan mendapatkan kebenaran pemilik tempat perhimpunan diadakan.

Ia bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman namun penganjur perlu memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai penganjuran perhimpunan dalam tempoh lima hari sebelum ia diadakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!