KDEBWM galak amalan kitar semula

Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.
Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.
A
A
A

SHAH ALAM-KDEB Waste Management kerjasama dengan Karangkraf menerusi Karnival Siang Malam bagi meningkatkan kesedaran dan membuka minda pelajar serta masyarakat umum mengenai kepentingan kitar semula.

Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, karnival yang bakal berlangsung pada 25 hingga 27 Julai di Seksyen 15, Shah Alam itu menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan permainan dan pembelajaran termasuk Glam Fesyen 3R dan Inovasi Projek 3R (Reduce, Reuse dan Recycle).

Menurutnya, pendekatan itu memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka kreativiti mereka dengan menggunakan bahan kitar semula, sekali gus mengukuhkan pemahaman bahasa iaitu semua sampah bukan sekadar kotoran tetapi boleh dimanfaatkan semula dengan nilai yang tinggi.

“KDEBWM menganjurkan program Glam Fesyen 3R dan Inovasi Projek 3R di Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang masing-masing disertai pelajar sekolah menengah dan rendah. Bagi saya aktiviti sebegini lebih inklusif, mudah difahami, ceria dan lebih segar di mata mereka.

RAMLI
RAMLI

“Kami mahu anak-anak muda menjadi contoh dan model dalam mempromosikan amalan kitar semula. Mereka bukan sahaja faham tetapi juga bersemangat untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

“Contohnya, mengamalkan pengasingan sampah dan menjaga kebersihan di mana- mana sahaja. Itu adalah asas untuk membentuk tanggungjawab sejak kecil dan memastikan amalan ini terus diamalkan sehingga dewasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Produk kitar semula boleh jana pendapatan

Artikel Berkaitan:

Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.
Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.

Tambah Ramli, pelajar perlu dididik agar memahami sampah yang dihasilkan boleh diproses semula menjadi produk bernilai dan bukannya sekadar dibuang.

Jelasnya, generasi muda perlu sedar bahawa pengasingan bahan buangan seperti plastik, kertas dan e-waste bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar tetapi juga menjana pendapatan.

Beliau memberi contoh, pakaian lama boleh diubah menjadi beg tangan manakala kertas terpakai boleh dikitar semula menjadi kertas putih yang baharu.

Ramli berkata, ini membuktikan bahawa sampah sebenarnya mempunyai nilai.

Ketelitian dalam menginovasikan barang kitar semula dapat menghasilkan barang yang berkualiti.
Ketelitian dalam menginovasikan barang kitar semula dapat menghasilkan barang yang berkualiti.

“Cuma ramai yang tidak mengetahui bahawa barangan seperti plastik, botol dan High Density Polyethylene ( HDPE ) yang dibuang itu boleh diproses semula. Jika dihantar ke kilang, bahan ini boleh dijual dan mempunyai harga pasaran.

“Oleh itu, kita mahu memberi pengalaman secara langsung mengenai perkara tersebut kepada anak-anak kerana belajar secara pratikal lebih berkesan daripada teori.

“Apabila mereka menjadi model untuk inovasi bahan kitar semula dan mempromosikan amalan 3R, nilai itu akan tertanam dalam ingatan dan minda mereka untuk jangka masa panjang,” ulasnya.

Beliau berpendapat, bukan semua orang dewasa memahami pentingnya kitar semula dan tidak mengamalkan cara betul.

Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.
Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.

Katanya, peranan pendidikan kepada generasi muda menjadi sangat kritikal untuk memastikan kelestarian alam sekitar terjamin.

“Kami perlu memastikan generasi masa depan mempunyai ilmu dan kesedaran yang cukup agar mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Selain ilmu, kita juga perlu menggalakkan sikap kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar supaya mereka mampu mencari solusi baharu dalam pengurusan sisa pepejal.

“Melalui karnival ini, kita membuka ruang untuk anak-anak muda mengekspresikan diri mereka dan menunjukkan bahawa kitar semula bukan sahaja penting tetapi juga menyeronokkan,” ujarnya.

Karnival Siang dan Malam Karangkraf sesuai untuk dikunjungi keluarga

Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.
Pertandingan Glam Fesyen 3R menguji kreativiti pelajar.

Ramli menjelaskan, Karnival Siang dan Malam Karangkraf sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga.

“Saya berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang ini memandangkan karnival seperti ini semakin berkurangan, tidak seperti dahulu yang mana terdapat pelbagai jenis karnival dianjurkan.

“Apatah lagi karinival ini penuh dengan aktiviti bersifat ilmiah, mesra keluarga dan memberi fokus kepada pendidikan kanak kanak. Jangan sangka kita ke karnival semata-mata untuk berseronok atau bergembira sahaja,” katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!