Covid-19: Terengganu arah imam jejaki ahli tabligh

Laporan Sinar Harian semalam berkaitan peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari lepas diminta supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah di negeri masing-masing.
Laporan Sinar Harian semalam berkaitan peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari lepas diminta supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah di negeri masing-masing.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua jemaah tabligh di negeri ini diarah menjalani pemeriksaan kesihatan susulan terdapat kes positif wabak koronavirus (Covid-19) melibatkan peserta himpunan kumpulan itu di Masjid Sri Petaling, Selangor pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad berkata, pihaknya menerima arahan supaya setiap jemaah tabligh melakukan ujian saringan kesihatan di klinik atau hospital terdekat di setiap daerah di negeri ini.

Mat Azmi
Mat Azmi

Menurutnya, pihaknya turut mengarahkan imam setiap masjid menjejaki ahli tabligh ini memandangkan kebanyakan mereka biasanya bermalam atau tidur di masjid.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan arahan supaya setiap jemaah tabligh di negeri ini membuat pemeriksaan kesihatan susulan terdapat kes positif wabak Covid-19 melibatkan kumpulan yang sama ketika menghadiri perhimpunan besar-besaran di Masjid Sri Petaling.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan tabligh diminta hubungi pejabat kesihatan

Covid-19: 20 kes baharu, satu pulih dilaporkan hari ini

Dua kes baharu Singapura ada kaitan himpunan tabligh di Malaysia

"Pihak JHEAT berharap supaya arahan ini dipatuhi bagi mengelak penularan wabak Covid-19 sekali gus membantu dalam meningkatkan tahap kawalan keselamatan dan kesihatan masyarakat di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan perhimpunan itu di Masjid Sri Petaling, di sini pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia dilakukan susulan laporan International Health Regulations (IHR) Focal Point (FP) Brunei yang mengesan satu kes positif Covid-19 dikesan mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu.

Menurut Noor Hisham, dianggarkan lebih 10,000 orang terlibat dalam perhimpunan tersebut membabitkan ahli jemaah dari pelbagai negara.

Dalam perkembangan sama, seorang lelaki tempatan berumur 58 tahun dari daerah Tawau disahkan sebagai individu pertama positif Covid-19 di negeri ini.

Selain itu, dua warga Singapura dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu majlis keagamaan di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.