AGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib

AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.
AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.

AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.

Menurut kenyataan tersebut, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil.

"Tafsiran pertama ialah pembayaran denda RM50 juta hanya memenuhi komponen hukuman denda, manakala hukuman penjara bagi kes SRC International masih berjalan sehingga 23 Ogos 2028, cuma kaedah pelaksanaannya dibuat menerusi tahanan rumah.

"Tafsiran kedua pula ialah pembayaran denda berkenaan merupakan syarat yang membolehkan pengampunan berkuat kuasa sepenuhnya, sekali gus membawa kesan bahawa keseluruhan hukuman bagi kes SRC International termasuk hukuman penjara dianggap selesai," katanya.

Jabatan itu turut menjelaskan, persoalan tersebut mempunyai implikasi terhadap perintah Order of Discharge on Payment of Fine yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 November lalu selepas pembayaran denda RM50 juta direkodkan.

"Perintah berkenaan mengarahkan Najib dilepaskan serta-merta, namun pada masa sama menyatakan baki hukuman perlu dijalani menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan Perintah Pengampunan Bersyarat," ujar AGC.

Selain itu, AGC berkata, status baki hukuman penjara bagi kes SRC International turut memberi kesan kepada pelaksanaan hukuman penjara Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ini kerana hukuman penjara bagi kes 1MDB ditetapkan bermula selepas selesai hukuman penjara bagi kes SRC International.

Artikel Berkaitan:

AGC turut mengambil kira permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman (stay of execution) bagi kes 1MDB yang telah ditolak Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober lalu.

Sehubungan itu, AGC berpandangan penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil.

"Memandangkan isu-isu yang dibangkitkan melibatkan persoalan perundangan yang kompleks, mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah serta merupakan suatu keadaan yang belum pernah dihadapi sebelum ini, Jabatan Peguam Negara berpandangan bahawa penjelasan undang-undang yang jelas dan muktamad perlu diperoleh sebelum tindakan pelaksanaan selanjutnya diambil," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:‘Keluarga tidak dimaklumkan’- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta Najib

Denda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamah

Najib sudah bayar RM50 juta - Peguam

Dana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib

[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah Najib

Dua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman Najib

Kronologi keputusan tahanan rumah Najib

Anwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!