Peserta himpunan tabligh diminta hubungi pejabat kesihatan

Ayat FB: Ia selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19). - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Ayat FB: Ia selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19). - Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta peserta yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari lepas supaya segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Zulkifli berkata, ia selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Katanya, mereka yang berkenaan diminta menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 20 kes baharu, satu pulih dilaporkan hari ini

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, seorang warga tempatan berusia 60 tahun disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perhimpunan itu yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Brunei dalam kenyataannya mengesahkan kes pertama positif Covid-19 di negara itu dijangkiti ketika hadir ke satu majlis keagamaan di Malaysia.

Sehubungan itu, semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia yang menyertai perhimpunan yang dianggarkan dihadiri oleh 10,000 peserta dari beberapa buah negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: