Plaza tol Ayer Hitam ditutup 10 jam akibat tumpahan bahan kimia

Kerja-kerja pengesanan pencemaran turut dijalankan menggunakan PH Meter, PH Paper, GFG dan Gasmet.
Kerja-kerja pengesanan pencemaran turut dijalankan menggunakan PH Meter, PH Paper, GFG dan Gasmet.
A
A
A

BATU PAHAT - Plaza Tol Ayer Hitam di sini terpaksa ditutup selama 10 jam selepas tiga tangki mengandungi bahan kimia terjatuh dari sebuah lori sebelum tumpah di susur keluar lebuh raya itu, pada Rabu.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syakir Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu pada jam 4.48 petang.

Dua tong kimia terpaksa menunggu ketibaan pihak kilang berkaitan untuk dialihkan ke tempat selamat sebelum proses pelarutan dijalankan
Dua tong kimia terpaksa menunggu ketibaan pihak kilang berkaitan untuk dialihkan ke tempat selamat sebelum proses pelarutan dijalankan

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan, semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada lalu lintas bermula jam 5 petang pada Rabu dan hanya dibuka semula pada jam 3 pagi tadi.

“Kejadian berlaku apabila lori kontena yang membawa tiga tong kimia Urea Formaldehid (UN2209) terjatuh di selekoh keluar plaza tol berkenaan.

“Akibat kejadian itu, salah satu tong berkapasiti 1,000 liter pecah dan bocor sehingga menyebabkan tumpahan bahan kimia di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Muhammad Syakir memaklumkan, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mengambil tindakan kawalan awal dengan mengambus tumpahan menggunakan tanah dari tepi jalan berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada lalu lintas bermula jam 5 petang semalam dan hanya dibuka semula pada jam 3 pagi tadi.
Semua laluan keluar masuk di Plaza Tol Ayer Hitam ditutup kepada lalu lintas bermula jam 5 petang semalam dan hanya dibuka semula pada jam 3 pagi tadi.

Tambahnya, kerja-kerja pengesanan pencemaran turut dijalankan menggunakan alat pengukur bahan kimia melibatkan meter pH, kertas penunjuk pH, Pengesan Gas Pelbagai (GFG) dan Penganalisis Gas Mudah Alih (Gasmet).

“PKO turut membuat sekatan menggunakan tanah bagi mengelakkan tumpahan merebak.

“Dua lagi tong kimia terpaksa menunggu ketibaan pihak kilang berkaitan untuk dialihkan ke tempat selamat sebelum proses pelarutan dijalankan,” ujarnya.

Menurutnya, kerja-kerja pemindahan bahan kimia dilakukan oleh pihak kilang terbabit sebelum diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!