Warga Indonesia gagal seludup burung bernilai RM52,000

Seorang warga Indonesia cuba menyeludup empat ekor burung spesies Burung Sewah Tahu bernilai RM52,000 dengan meletakkannya dalam bekas polipaip gagal mengaburi pihak AKPS apabila ditahan di KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor pada Isnin. Foto : AKPS. (Gambar kecil: Burung Sewah Tahu)
Seorang warga Indonesia cuba menyeludup empat ekor burung spesies Burung Sewah Tahu bernilai RM52,000 dengan meletakkannya dalam bekas polipaip gagal mengaburi pihak AKPS apabila ditahan di KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor pada Isnin. Foto : AKPS. (Gambar kecil: Burung Sewah Tahu)
A
A
A

SEPANG – Cubaan seorang warga Indonesia menyeludup burung yang disyaki daripada spesies Burung Sewah Tahu dengan menyorokkannya dalam bekas polipaip gagal mengaburi pihak berkuasa negara.

Perbuatan itu berjaya dipatahkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada Isnin.

AKPS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lelaki warga asing tersebut cuba menyeludup keluar spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

“Operasi yang dijalankan sekitar jam 9.10 malam oleh AKPS KLIA dengan kerjasama Unit Keselamatan Penerbangan (AVSEC) telah membawa kepada penahanan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 49 tahun.

“Suspek, yang merupakan penumpang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surabaya, didapati membawa satu kotak kertas yang telah didaftar masuk ke dalam kargo pesawat,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Bekas polipaip digunakan oleh seorang warga Indonesia bagi menyembunyikan empat ekor burung spesies Sewah Tahu. Foto : AKPS.
Bekas polipaip digunakan oleh seorang warga Indonesia bagi menyembunyikan empat ekor burung spesies Sewah Tahu. Foto : AKPS.

Pemeriksaan terhadap kotak berkenaan mendapati ia mengandungi empat ekor burung yang disyaki daripada spesies Burung Sewah Tahu.

Hasil siasatan juga mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk membawa keluar haiwan tersebut dari Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Jelas kenyataan itu lagi, kesemua burung berkenaan merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Susulan itu, pihak AKPS telah menyita kotak dan spesies hidupan liar tersebut berdasarkan peruntukan undang-undang melalui Borang Senarai Benda Disita.

Nilai keseluruhan haiwan yang disita dianggarkan berjumlah RM52,000.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis KLIA2 dan suspek kini ditahan di Balai Polis Aeropolis sementara menunggu permohonan reman daripada pihak mahkamah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 71 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang memperuntukkan hukuman tegas terhadap individu yang membawa keluar spesies dilindungi tanpa kebenaran.

AKPS turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti pemilikan, penyeludupan atau pemindahan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!