Budak empat tahun lemas dalam kolam ikan

ALOR SETAR = Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam ikan di Kampung Perik, Kuala Nerang pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Affzanisham Mohammad Sham berkata, dalam kejadian pada 6.15 petang itu, mangsa Ayyash Ahmad Sajid Ahmed dibawa ke Hospital Jitra sebelum disahkan meninggal dunia.
"Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak lelaki mereka bermain pasir di kawasan kolam ikan berhampiran rumah sebelum disedari hilang.
"Mereka kemudian menemukan kasut mangsa terapung di dalam kolam ikan berkenaan sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kanak-kanak itu diberikan rawatan kecemasan di hospital terbabit sebelum disahkan meninggal dunia pada 11 malam.
Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas. - Bernama
Ringkasan AI
- Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh dalam kolam ikan di Kampung Perik, Kuala Nerang
- Kejadian berlaku pada 6.15 petang Sabtu dan mangsa dibawa ke Hospital Jitra sebelum disahkan meninggal
- Ibu bapa mendapati kasut mangsa terapung di kolam sebelum menemukannya tidak sedarkan diri dalam kolam tersebut
- Kanak-kanak itu diberikan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal di hospital pada 11 malam
- Bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
