Polis kenal pasti lokasi ‘Luna’, dipercayai ketua sindiket dadah

Mohd Yusoff
Mohd Yusoff
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan sudah mengenal pasti lokasi seorang wanita berusia 30-an yang dikenali sebagai Luna dan dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu adalah hasil kerjasama erat pihaknya dengan Polis Thailand dalam mengesan wanita berkenaan.

"Ketika ini, kita sedang menunggu keputusan dari negara jiran. Polis Kelantan masih bekerjasama dengan Polis Thailand untuk mendapatkannya (Luna) dan membawanya ke Malaysia bagi siasatan lanjut dan sebagainya.

"Insya-ALLAH dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina di Pasir Pekan di sini pada Ahad.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan wanita berusia 30-an dikenali sebagai Luna yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu mempunyai dua kerakyatan.

Menurut Mohd Yusoff, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perkembangan daripada pihak berkuasa di negara jiran berhubung wanita terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan telah mengenal pasti lokasi seorang wanita berusia 30-an, Luna, yang dipercayai sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah
  • Penemuan itu adalah hasil kerjasama erat dengan Polis Thailand
  • Polis Kelantan sedang menunggu keputusan dari negara jiran untuk mendapatkan Luna bagi siasatan lanjut
  • Kes tersebut berkaitan dengan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari
  • Luna dipercayai mempunyai dua kerakyatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!