Warga emas di UK hampir muflis bil cecah RM137,724

Lawler mendakwa hampir muflis apabila menerima bil mencecah RM137,724. Foto Agensi
Lawler mendakwa hampir muflis apabila menerima bil mencecah RM137,724. Foto Agensi
A
A
A

NORFOLK - Seorang wanita di United Kingdom (UK) hampir muflis selepas dikenakan bil elektrik sebanyak 24,000 Pound Sterling (RM137,724) oleh syarikat pembekal tenaga bagi kediaman dan hartanah yang disewakannya.

Menurut laporan Metro UK, Lin Lawler, 70, yang memiliki Grange Farmhouse di Hainford, Norfolk, berkata hartanah lima bilik tidur dan bangunan tambahan bersebelahan digunakan sebagai tempat sewaan percutian selama lebih 100 hari setahun.

"Meskipun penggunaan terhad, Syarikat SmartestEnergy mengeluarkan bil tahunan berjumlah RM137,724 dan memberi amaran akan memotong bekalan elektrik sekiranya saya tidak membayar balik secara ansuran sebanyak RM11,603 seminggu.

"Saya memang tidak mampu membayarnya," katanya.

Lawler terkejut apabila menerima bil bulanan mencecah ribuan pound, sekali gus mengadu beberapa kali kepada bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat berkenaan.

Caj paling tinggi dikenakan pada Februari lalu apabila beliau dikenakan bayaran sebanyak RM18,461 untuk penggunaan elektrik selama sebulan, menyebabkan beliau mengemukakan aduan kepada syarikat tersebut.

Beliau turut membawa isu itu kepada pihak berkuasa tenaga, namun badan tersebut gagal mendapatkan bukti mencukupi bahawa meter pintar di rumah itu mencatatkan bacaan berlebihan.

Lawler mendakwa akhirnya seorang petugas khidmat pelanggan mendedahkan bahawa syarikat itu tidak dapat berkomunikasi dengan meter pintarnya, sekali gus mengesahkan berlaku masalah teknikal.

Seorang jurutera yang dipanggil pada Oktober 2024 memaklumkan bahawa bacaan meter tersebut seolah-olah digunakan oleh sebuah kilang dan beliau sepatutnya hanya membayar sekitar RM1,148 sebulan.

Artikel Berkaitan:

Pada Mac lalu, meter tersebut telah digantikan dengan yang baharu dan bil bulanan terus menurun ke kadar lebih rendah. Namun begitu, syarikat masih menuntut pembayaran penuh dan membatalkan kontrak baharunya yang lebih murah serta memasang meter prabayar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!