Lima kali ditegur, warga emas masih degil simpan sampah di rumah

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu membabitkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.
Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu membabitkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.
A
A
A

IPOH – Seorang warga emas di Jalan Merpati, Taman Ipoh, seakan tidak pernah serik meskipun sudah lima kali dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana menjadikan kawasan kediamannya sebagai tapak pengumpulan barangan kitar semula dan longgokan sampah sejak tahun 2020.

Dalam operasi bersepadu terbaharu pada Khamis, MBI dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekali lagi bertindak membersihkan premis berkenaan susulan aduan berterusan daripada penduduk setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah berkata, komuniti yang tinggal di kawasan itu mengakui tidak selesa berikutan kacau ganggu yang timbul akibat pengumpulan barangan terpakai dan sisa yang mencemarkan imej kejiranan.

“Tindakan kali ini merupakan kali kelima dilaksanakan terhadap premis tersebut. Sebelum ini, dua tindakan mahkamah telah dikenakan terhadap pemiliknya.

“Namun, pemilik rumah berusia 71 tahun itu masih meneruskan tabiatnya, menyebabkan langkah lebih komprehensif terpaksa diambil termasuk melibatkan JKM,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu membabitkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.
Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu membabitkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.

Operasi yang bermula seawal jam 9 pagi itu membabitkan seramai 26 anggota penguat kuasa MBI dan sembilan pegawai serta sukarelawan JKM.

Turut serta, Ahli Majlis MBI, Lam Yew Tact; Penasihat Undang-undang Bandaraya, Syahrul ‘Azrin Ghazali; dan wakil JKM, Syed Abdul Halim Hilmy Syed Omar.

Artikel Berkaitan:

Zamakhshari berkata, sebanyak tiga lori bermuatan lima tan digunakan untuk mengangkut sisa yang dilupuskan ke tapak pelupusan.

Katanya, barangan yang masih mempunyai nilai kitar semula telah dikumpulkan dan dijual oleh pihak sukarelawan JKM.

“Hasil jualan tersebut turut diserahkan kepada warga emas itu sebagai satu bentuk sokongan kebajikan.

“Operasi berjalan lancar dan pemilik premis memberikan kerjasama penuh sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan bersepadu ini diharap dapat menjadi model dalam menangani isu sosial seumpamanya, dengan gabungan elemen penguatkuasaan dan kebajikan secara berhemah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!