TPAD minta MOT segerakan tuntutan

M Nantha
M Nantha
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) digesa agar segera mengambil tindakan terhadap semua tuntutan yang dikemukakan oleh Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD).

Presiden TPAD, M Nantha berkata, daripada 21 tuntutan yang telah dikemukakan sejak Januari lalu, masih banyak perkara belum menunjukkan sebarang hasil yang ketara.

“Sekarang sudah bulan Jun, tetapi hasilnya masih belum nampak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai MOT di sini pada Khamis.

Menurut beliau, antara tuntutan mendesak ialah penghapusan sistem penerimaan automatik dalam aplikasi e-hailing yang memberi tempoh hanya 10 saat untuk pemandu menerima tugasan atau tempahan.

“Sistem sedia ada sekarang ini hanya memberi tempoh 10 saat sahaja untuk pemandu menerima tugasan secara automatik.

“TPAD minta supaya sistem ini dihapuskan terus,” katanya.

Selain itu, TPAD turut mendesak agar platform e-hailing dan p-hailing menetapkan had masa pemanduan maksimum selama 12 jam sehari, susulan banyak kes kemalangan yang melibatkan pemandu bekerja melebihi tempoh tersebut.

“Cukup 12 jam, kami minta mereka letakkan ‘job pause’. Ini adalah demi keselamatan nyawa pemandu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa beberapa siri perbincangan akan diteruskan bersama MOT, agensi berkaitan serta pengusaha e-hailing bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan mengeratkan kerjasama dua hala.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!