Himpunan #TangkapAzamBaki: Orang ramai mula penuhi sekitar Sogo

Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.
Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Orang ramai dilaporkan mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di ibu negara bagi menyertai Himpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung petang ini.

Berdasarkan pemerhatian di lokasi, suasana setakat ini terkawal dengan peserta mula berhimpun di laluan pejalan kaki dan kawasan berhampiran pusat beli-belah berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau akan hadir bersama beberapa pemimpin lain yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

Pihak polis turut berada di sekitar kawasan Sogo bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.
Pihak polis turut berada di sekitar kawasan Sogo bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.

Sementara itu, Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) sufha berada di lokasi manakala Rodziah Ismail (Ampang) dan Zahari Hassan (Wangsa Maju) masih belum kelihatan.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, kehadiran Rafizi masih ditunggu.

Himpunan #TangkapAzamBaki dianjurkan bagi menyatakan pendirian mendesak tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Pihak polis turut dilihat berada di sekitar kawasan bagi memantau keadaan dan memastikan situasi kekal terkawal.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan lanjut mengenai ucapan pemimpin serta sebarang insiden akan dikemas kini dari masa ke masa.

Ringkasan AI

  • Orang ramai mula memenuhi jalan sekitar Kompleks Sogo di Kuala Lumpur untuk Himpunan #TangkapAzamBaki
  • Suasana di lokasi himpunan terkawal dengan peserta berhimpun di laluan pejalan kaki dan berhampiran pusat beli-belah
  • Datuk Seri Rafizi Ramli akan hadir bersama beberapa pemimpin lain yang menyokong himpunan
  • Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen sudah berada di lokasi, manakala Rodziah Ismail dan Zahari Hassan belum kelihatan
  • Himpunan dianjurkan untuk mendesak tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!