Mindef belum terima perkembangan siasatan kebocoran maklumat ATM

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Pertahanan (Mindef) belum menerima sebarang perkembangan daripada pihak polis berhubung siasatan kebocoran maklumat sulit kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 18 Januari lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan hanya dijalankan oleh pihak polis, bukannya kementerian.

"Setakat ini belum ada perkembangan. Siasatan dilakukan oleh pihak polis, bukan Mindef," katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis peluncuran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Askar Wataniah di Menara Prasarana, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman; Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Azhan Md Othman dan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad.

Pada 10 Februari lepas, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ketika sidang media memaklumkan bahawa pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu tertentu bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan dan dijalankan mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 26 Januari lalu, media melaporkan beberapa pegawai tentera dipanggil bagi membantu siasatan selepas Mindef membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pertahanan belum terima perkembangan siasatan kebocoran maklumat dari polis
  • Siasatan dilakukan oleh pihak polis, bukan Kementerian Pertahanan
  • Siasatan berhubung kebocoran maklumat tentang kenaikan pangkat pegawai ATM
  • Kenyataan dibuat Mohamed Khaled Nordin semasa pelancaran Skuadron Rapid Rail 50 Rejimen Pakar Keretapi
  • Ketua Polis Negara menyatakan siasatan masih berjalan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!