Israel, Iran saling lancar serangan terbaharu

Keadaan langit di dua kawasan antara Isreal dan Iran dalam serangan balas pada awal pagi Ahad. - Foto: Reuters
Keadaan langit di dua kawasan antara Isreal dan Iran dalam serangan balas pada awal pagi Ahad. - Foto: Reuters
A
A
A

TEL AVIV/TEHRAN – Israel dan Iran saling melancarkan serangan baharu menjelang awal pagi Ahad, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap tercetusnya konflik lebih besar di Asia Barat.

Menurut laporan Reuters, ketegangan memuncak selepas Israel memperluas kempen ketenteraan secara mengejut terhadap musuh utamanya dengan menyerang ladang gas terbesar dunia milik Iran, South Pars, yang terletak di wilayah Bushehr.

Susulan serangan itu, Iran membalas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan infrastruktur tenaga serta kemudahan pengeluaran bahan api jet di Israel.

Tentera Israel memaklumkan lebih banyak peluru berpandu telah dilancarkan dari Iran ke wilayah Israel manakala pasukan mereka turut menyasarkan beberapa sasaran ketenteraan di Tehran.

Awal pagi Ahad, siren amaran serangan udara dibunyikan di Baitulmaqdis dan Tel Aviv. Beberapa peluru berpandu dilihat melintasi ruang udara, sementara sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome dikerahkan untuk memintas serangan. Letupan kuat turut kedengaran di kedua-dua bandar.

Israel, Iran saling lancar serangan terbaharu pada awal pagi Ahad. - Foto: Reuters
Israel, Iran saling lancar serangan terbaharu pada awal pagi Ahad. - Foto: Reuters

Perkhidmatan ambulans Israel mengesahkan tiga wanita terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam serangan peluru berpandu berhampiran sebuah rumah di Tamra, sebuah bandar majoriti penduduk Palestin di utara negara itu.

Dua lagi dilaporkan cedera ringan akibat serpihan peluru berpandu di kawasan berasingan.

Di Tehran, Iran mendakwa depot minyak Shahran menjadi sasaran serangan udara Israel, selain sebuah loji penapisan minyak berhampiran ibu negara turut terbakar.

Bangunan milik Kementerian Pertahanan Iran turut mengalami kerosakan kecil, lapor agensi berita Tasnim.

Artikel Berkaitan:

Pasukan elit Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, peluru berpandu dan dron Iran menyasarkan kemudahan tenaga serta tapak pengeluaran bahan api untuk pesawat pejuang milik Israel.

IRGC turut memberi amaran bahawa tindak balas akan menjadi "lebih berat dan menyeluruh" sekiranya Israel meneruskan serangan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!