Mekanik dipenjara enam tahun, cabul anak teman wanita

Seorang mekanik motosikal dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap anak perempuan teman wanitanya.
Seorang mekanik motosikal dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap anak perempuan teman wanitanya.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang mekanik motosikal dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap anak perempuan teman wanitanya.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohamad Shahrizal Rahmat, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Beliau mengarahkan hukuman tersebut berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 7 Jun lalu, selain membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya tertuduh menjalani sesi kaunseling dan perintah pengawasan polis selepas hukuman tamat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak berusia 16 tahun 10 bulan (ketika kejadian) kira-kira jam 10 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Sendayan, di sini, pada Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menghubungi mangsa yang sama secara kerap bagi tujuan seksual di lokasi sama dari 14 Mei hingga 29 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta 792 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Mengikut fakta kes, suspek melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja itu sebanyak dua kali di sebuah rumah ketika ketiadaan ibu mangsa yang keluar bekerja.

Artikel Berkaitan:

Mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun diminta supaya mendiamkan diri.

Dia kemudiannya memberanikan diri memaklumkan peristiwa terbabit kepada bapa kandung dan bapa saudaranya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni mencadangkan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan menyatakan bahawa pengakuan bersalah lelaki itu bukanlah alasan untuk peringanan hukuman.

Katanya lagi, hukuman harus menjadi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat, memandangkan mangsa adalah daripada golongan kanak-kanak.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia bekerja sebagai mekanik motosikal dengan gaji RM1,300 sebulan dan menyara ibu serta bapa tirinya.

Dia juga menyatakan bahawa dia tiada rekod jenayah dan memohon supaya dikenakan hukuman yang paling minimum.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!