X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Dzulkefly ketuai Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Majlis Tindakan Khas Covid-19 yang mengadakan mesyuarat kali pertama hari ini melantik bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk mengetuai jawatankuasa bertindak itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mesyuarat berkenaan turut bersetuju menubuhkan pasukan bagi memantau dan mengawasi virus berkenaan.

"Dr Dzulkefly bersetuju mengetuai jawatankuasa bertindak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada mesyuarat sama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan virus itu.

"Sebanyak 60 peratus daripada kes Covid-19 membabitkan warga Selangor. Bagaimanapun orang ramai tidak perlu khuatir kerana keadaan masih terkawal dan dinasihatkan melakukan langkah pencegahan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan," katanya.

Amirudin berkata, jawatankuasa bertindak itu bekerjasama dengan Smart Selangor Command Centre untuk mengesan virus Covid-19 dengan menggunakan sistem maklumat geografi yang kemudiannya akan dikongsi dengan agensi terbabit untuk tindakan lanjut.

"Kerajaan negeri mengambil berat kemaslahatan umum dan akan melaksanakan segala langkah yang perlu bagi membendung merebaknya virus ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus