Dua beradik maut ditemukan berpelukan atas katil di ruang pejabat

Dua beradik ditemukan rentung, berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.
Dua beradik ditemukan rentung, berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.
A
A
A

SIK - Bomba mengesahkan lokasi kebakaran mengorbankan dua beradik di Kampung Teloi Tua di sini ialah sebuah pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan tong Gas Petroleum Cecair (LPG).

Timbalan Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan dan lelaki berusia tiga tahun.

Menurutnya, kedua-dua mangsa ditemukan rentung, berpelukan atas katil dalam pejabat terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi awal pagi: Dua kanak-kanak rentung atas katil

"Dalam pejabat tu ada katil dan tilam, mereka ditemukan berpelukan... Setakat ini bomba sedang siasat punca kejadian.

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian di Kampung Teloi Tua, Sik pada Sabtu.
Siasatan dijalankan di lokasi kejadian di Kampung Teloi Tua, Sik pada Sabtu.

"Saya boleh kata, siasatan awal mendapati, kebakaran ini tak ada kaitan dengan tong gas sebab jarak antara pejabat dengan pusat penyimpanan LPG ini agak jauh dan dia bukan dalam satu bangunan...bangunan yang asing, setakat ini maklumat mendapati tiada tong gas di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti dari bangunan berdekatan bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan:

Beliau menambah, panggilan kecemasan diterima pada jam 6.11 pagi sebelum menggerakkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Pasukan bomba dan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal kira-kira lima minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi bagaimanapun identiti duanya masih dikenal pasti," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, bomba masih menjalankan siasatan sama ada terdapat aktiviti memasak di premis berkenaan.

"Setakat yang ini kita tak pasti lagi sama ada, ada ataupun tak, sebab sekarang forensik tengah menjalankan tugas, kita tak tahu dia ada dapur ke apa macam itu, kita masih lagi tak tahulah," katanya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!