Tragedi awal pagi: Dua kanak-kanak rentung atas katil

Anggota bomba melaksanakan operasi memadam kebakaran. Foto tular
Anggota bomba melaksanakan operasi memadam kebakaran. Foto tular
A
A
A

SIK - Dua kanak-kanak berusia setahun empat bulan dan tiga tahun ditemukan rentung atas katil dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teloi Tua di sini pada pagi Sabtu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sik tiba di lokasi pada jam 6.27 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas A di Sik Kedah. Foto tular
Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas A di Sik Kedah. Foto tular

Menurutnya, sebaik tiba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A berukuran 20 x 10 kaki dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.

"Operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos dengan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba.

"Dua mangsa ditemukan di atas katil dan disahkan meninggal dunia," katanya kenyataan terbabit.

Kejadian mengorbankan dua kanak-kanak yang ditemukan rentung. Foto tular
Kejadian mengorbankan dua kanak-kanak yang ditemukan rentung. Foto tular

Artikel Berkaitan:

Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela terdekat serta agensi Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga kini, kerja-kerja pemadaman dan overhaul masih dijalankan di lokasi.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!