Sultan Selangor berkenan sertai majlis bacaan Yasin, tahlil

Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah
mengikuti majlis nacaan Yasin dan tahlil di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Amir Shah mengikuti majlis nacaan Yasin dan tahlil di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj berkenan mengikuti majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena Hari Kemerdekaan pada Jumaat.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam itu turut dihadiri Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan tetamu-tetamu kenamaan.

Dalam pada itu, kira-kira 1,000 jemaah turut menyertai majlis bacaan Yasin dan tahlil diadakan sempena Hari Kemerdekaan itu sebelum diteruskan dengan solat Jumaat.

Artikel Berkaitan: