Isu hutang: Aliff Syukri dedah mesej kepada bekas menteri

Tangkap layar yang dimuat naik Aliff Syukri di Instagram miliknya.
Tangkap layar yang dimuat naik Aliff Syukri di Instagram miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas membuat tuntutan hutang dengan seorang bekas menteri bergelar Tan Sri pada Ahad, ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tampil pula mendedahkan mesej kepada individu berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff Shukri yang juga Pengasas D'Herbs Holding ( M) Sdn Bhd turut berkongsi tangkap layar mesej dihantarnya kepada individu tersebut tetapi tidak berbalas.

Menurutnya, Tan Sri itu mempunyai nilai aset yang banyak dan tidak menjadi masalah jika beliau dapat melangsaikan hutang bernilai puluhan juta, namun menjadi persoalan apabila hak tersebut masih tidak dibayar.

“Apa patut saya buat bekas menteri ini hanya lihat (seen) mesej sahaja.

“Beliau orang hebat, kenalan semua ketua polis negara, menteri dan saya hanya ikan bilis. Saya berani kerana benar.

“Pelbagai usaha telah saya cuba termasuk berdamai, tetapi apabila saya hubungi dan mesej beliau tidak balas atau jawab,” katanya pada Isnin.

Pada Ahad, Aliff Syukri menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.

Menurutnya, sudah berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.

Dalam pada itu, Aliff turut merayu agar Tan Sri itu tidak bersikap zalim dan meminta melunaskan hutang dengan segera atau mendedahkan pelbagai bukti termasuk video.

“Waktu siang dan malam berniaga buat live kena maki sehingga dihina Tan Sri senang ambil hak saya.

“Saya minta tolong kalau hantaran (posting) ini dilihat oleh anak atau saudara mara beliau jangan zalimi saya dan keluarga. Sila hubungi saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta