8 wanita warga asing disyaki pelacur diberkas

Antara wanita warga asing yang ditahan di Bukit Bintang, di sini, pada Rabu.
Antara wanita warga asing yang ditahan di Bukit Bintang, di sini, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai lapan wanita warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran ditahan secara berasingan dalam Op Noda di Bukit Bintang, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata serbuan bermula jam 9.54 malam itu, sepasukan anggota dan pegawai polis telah menyerbu dua lokasi di kawasan berkenaan.

"Kita telah menahan lapan wanita warga asing dari Uganda, Nigeria, dan Senegal berusia 22 hingga 30 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran.

"Mereka menyasarkan pelanggan warga asing, setelah bersetuju dengan tawaran, pelanggan akan dibawa ke bilik penginapan yang disewa oleh wanita tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, difahamkan, bayaran perkhidmatan seks adalah RM50 hingga RM200.

"Kita juga merampas wang tunai RM300 dan kondom dalam serbuan tersebut," ujarnya.

Rusdi berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua individu itu memberikan butiran diri secara lisan kerana tiada dokumen pengenalan diri.

"Mereka disyaki masuk ke Malaysia sebagai pelancong serta menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara 'freelance' tanpa dikawal mana-mana penjaga bermula dari jam 8 malam hingga 5 pagi," katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1956/63," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!