Sindiket ‘homestay’ warga asing tumpas

Kegiatan warga asing menguruskan rumah inap desa di ibu negara terbongkar JIM menahan 13 individu dalam Operasi Khas di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Selasa.
Kegiatan warga asing menguruskan rumah inap desa di ibu negara terbongkar JIM menahan 13 individu dalam Operasi Khas di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kegiatan warga asing menguruskan rumah inap desa di ibu negara terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 individu dalam Operasi Khas di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia, Ismail Mokhtar berkata, operasi yang dijalankan pada jam 2.57 petang, hasil risikan selama dua minggu itu turut disertai pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

"Kesemua individu yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh, seorang lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga India dan seorang wanita warga Filipina, berusia 24 hingga 40 tahun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Antara individu yang ditahan JIM dalam Operasi Khas di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Selasa.
Antara individu yang ditahan JIM dalam Operasi Khas di Jalan Ipoh dan Jalan Sultan Ismail, di sini, pada Selasa.

Ismail berkata, kesemua warga asing itu menjalankan aktiviti menguruskan rumah inap desa di Malaysia dengan menyewa daripada pemilik rumah warga tempatan sejak tahun lalu.

"Pelanggan akan membuat pesanan secara dalam talian dan akan diuruskan oleh warga asing ini. Bayaran yang dikenakan adalah di antara RM80 hingga RM400 untuk satu malam mengikut saiz bilik," katanya.

Beliau berkata, pasukan operasi turut menyita salinan perjanjian sewaan rumah, enam pasport pelbagai negara, 48 kad akses, komputer riba, telefon bimbit, borang maklumat tetamu dan wang tunai RM74,000 serta dolar Amerika Syarikat (AS) 2,160.

"Semakan mendapati enam warga asing memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di bawah sektor pembinaan dan pembersihan, manakala selebihnya tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pas sah," katanya.

Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seramai tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh, seorang lelaki warga Indonesia dan seorang wanita warga India ditahan mengikut Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala selebihnya disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut, enam warga tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh turut diberi notis untuk hadir membantu siasatan.

"JIM menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang imigresen negara, termasuk di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!