Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL dan enam negeri hingga 10 malam ini

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara dan enam negeri hingga 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca itu diramal melanda Perak (Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat).
Amaran itu turut membabitkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Melaka (Alor Gajah).
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Telang Usan).
Manakala di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod). - Bernama
Ringkasan AI
- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur dan enam negeri hingga 10 malam ini
- Cuaca buruk itu diramal melibatkan beberapa daerah di Perak dan Selangor
- Amaran cuaca tersebut turut membabitkan Negeri Sembilan dan Melaka
- Di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sibu, Kapit, Bintulu, dan Miri
- Sabah akan mengalami cuaca serupa di beberapa kawasan seperti Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
