'Adik tak mahu tinggal ibu, mereka akhirnya pergi bersama'

Orang ramai mengususng jenazah Syasya Nadiah untuk disemadikan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Kota Bharu pada Khamis. Gamar kecil: Wan Rohani (kiri) dan Syasha Nadiah
Orang ramai mengususng jenazah Syasya Nadiah untuk disemadikan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Kota Bharu pada Khamis. Gamar kecil: Wan Rohani (kiri) dan Syasha Nadiah
A
A
A

KOTA BHARU – “Adik selalu cakap dia tidak mahu berkahwin, kerja jauh kerana enggan berpisah dengan ibu yang sakit dan tidak sangka mereka pergi bersama,” demikian luah Syamimi Mohd Sabri @ Ismail, 36, kakak kepada mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Ketereh–Kota Bharu malam Rabu.

Mangsa, Syasya Nadiah, 27, dan ibunya, Wan Rohani Wan Sulaiman, 63, maut dalam nahas tragis itu selepas pulang dari kebun keluarga di Padang Kala.

Syamimi
Syamimi

Menurut Syamimi, sebelum kejadian, ibu dan adik bongsunya dilihat dalam keadaan keletihan serta kerap mengantuk.

“Kami tidak menyangka itu petanda mereka akan pergi. Mereka sekeluarga – ibu, ayah, adik, sepupu dan isterinya – dalam perjalanan pulang dari kebun,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Jalan Hamzah, di sini pada Khamis.

Syamimi berkata, dalam kemalangan tersebut, bapanya, Mohd Sabri @ Ismail Ibrahim, 76, mengalami patah tulang bahu, manakala sepupunya cedera ringan dan isteri sepupu mengalami kecederaan parah.

“Hingga kini, kami masih sukar untuk percaya mereka sudah tiada. Namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong sebagaimana yang sering disebut oleh ibunya.

“Sebelum ini, ibu selalu berpesan kalau dia meninggal dunia, kebumikan di tanah perkuburan itu, bersama ahli keluarga lain,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang wanita maut manakala lima lagi cedera – termasuk dua parah – dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ketereh–Kota Bharu sekitar jam 8 malam, Rabu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Syasya Nadiah Mohd Sabri @ Ismail, 27.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Azhar Mohamed berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 41 tahun, dan sebuah Proton Exora yang membawa enam individu bersaudara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!