Kempen ‘The Golden Ticket’ Suria KLCC tawar baucar RM500,000

SURIA KLCC Sdn Bhd memperhebat usaha menarik pelanggan dengan menawarkan ganjaran membeli-belah bernilai keseluruhan RM500,000 menerusi kempen tahunan ‘The Golden Ticket’ yang kini kembali untuk edisi keenam.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, sambutan hangat daripada pelanggan setia menjadikan kempen itu merupakan antara acara yang dinanti-nantikan saban tahun.
“Untuk tahun ini, kami gandakan kemeriahan dengan suasana interaktif dan ganjaran lebih lumayan agar semua pengunjung pulang dengan pengalaman manis,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Kempen yang berlangsung dari 9 hingga 25 Mei itu menjanjikan pengalaman membeli-belah paling meriah pernah dianjurkan pusat beli-belah ikonik itu, dengan seorang pemenang berpeluang membawa pulang e-Baucar bernilai RM10,000 setiap hari.

Bertemakan permainan klasik ular dan tangga, ruang Centre Court Suria KLCC ditransformasikan menjadi taman permainan neon berskala sebenar, lengkap dengan panel bercahaya serta replika dadu gergasi.
Pelanggan yang berbelanja minimum RM1,500 dalam dua resit di kedai-kedai terpilih layak menyertai cabutan interaktif tersebut.
Empat peringkat hadiah ditawarkan menerusi sistem tiket bertema warna iaitu Golden Ticket menawarkan e-Baucar bernilai RM10,000, Ruby Ticket ialah RM5,000, Emerald Ticket untuk RM100 dan Purple Ticket bernilai RM50.
Mengulas lanjut Francis berkata, bagi mereka yang mengikuti kempen itu secara dalam talian, Suria KLCC turut menyediakan hadiah wang tunai tambahan melalui penyertaan di media sosial rasmi mereka
Sementara itu, Alamanda Putrajaya kembali dengan kempen sama bermula 23 Mei hingga 8 Jun dan pelanggan yang membelanjakan minimum RM500 dalam dua resit di mana-mana premis terpilih berpeluang memenangi e-Baucar Alamanda bernilai sehingga RM1,000.
Hadiah yang ditawarkan ialah ‘Golden Ticket’ bernilai RM1,000, Yellow Ticket pula RM500, manakala Blue Ticket ialah RM50 di mana 50 ganjaran disediakan setiap hari dengan jaminan setiap peserta tidak pulang tangan kosong.
Di Pantai Timur, Mesra Mall Terengganu turut tidak ketinggalan menyemarakkan suasana membeli-belah menerusi kempen ‘The Golden Ticket’ yang berlangsung dari 9 hingga 25 Mei.
Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam dua resit layak menyertai cabutan bertemakan ular dan tangga di Centre Court yang menawarkan 'Golden Ticket' (RM1,000), 'Silver Ticket' (RM500) dan 'Blue Ticket' (RM30).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!