Ini sebab Ku Nan kaya, kata Najib

Hantaran dimuat naik Najib di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
Hantaran dimuat naik Najib di laman sosial Facebook miliknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kekayaan yang dimiliki Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang mencecah RM800 juta seperti yang didedahkan oleh mahkamah.

Menurut Najib, pada awal tahun 1990-an, Tengku Adnan memperoleh kekayaannya ketika pasaran saham Malaysia sedang rancak.

“Seperti yang disebut dalam buku ini, Tengku Adnan sering berniaga bersama (Tan Sri) Vincent Tan dan juga pernah memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star, Watan dan Mutiara Telecommunications (yang kini dikenali sebagai DiGi telecommunications).

“Pada tempoh itu, Perdana Menteri adalah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam hantaran di Facebook hari ini.