17 kenderaan tersadai, buruk di kuarters kerajaan ditunda

Salah sebuah kenderaan buruk dan tersadai yang ditunda dalam operasi dijalankan BPH pada Rabu.
Salah sebuah kenderaan buruk dan tersadai yang ditunda dalam operasi dijalankan BPH pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 17 kenderaan yang tersadai dan buruk ditunda dalam Operasi Tarik Kenderaan BPH 2025 di kawasan kuarters kerajaan di sini.

Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan operasi yang melibatkan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu merangkumi kuarters Presint 5, 8, 9, 11 dan 14.

Menurut kenyataan itu, sebelum operasi dijalankan PBH telah mengeluarkan lebih 1,000 notis pemberitahuan operasi penundaan terhadap kenderaan tersadai dan buruk di parkir terbuka dan bawah tanah sejak tahun lalu.

"Bagaimanapun didapati 17 kenderaan yang masih tersadai dan tidak bergerak yang mana kesemua akan ditunda ke depot simpanan," kata kenyataan itu pada Rabu.

Jelas kenyataan itu, langkah tersebut diambil bagi memastikan keselesaan penghuni kuarters.

"Tindakan tegas ini diambil sebagai pengajaran bahawa kuarters bukan tempat longgokan kereta buruk dan tersadai.

"Kesalahan kenderaan tersadai ini juga termasuk di dalam penguatkuasaan sistem demerit," kata kenyataan itu.

Pemilik kenderaan yang menerima notis diberi tempoh tujuh hari untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.
Pemilik kenderaan yang menerima notis diberi tempoh tujuh hari untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

Dalam pada itu di Subang Jaya, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi Bahagian Tunda (BT) juga terus memperhebat tindakan penguatkuasaan dalam usaha membersihkan kawasan pentadbirannya daripada kenderaan buruk dan terbiar.

Artikel Berkaitan:

Dalam operasi terbaharu dijalankan pada 6 Mei, sebanyak 15 Notis Amaran (NA) dikeluarkan di beberapa lokasi termasuk Jalan 6/3 dan Jalan 6/9 Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, Taman Serdang Perdana, Taman Puncak Jalil, Taman Perindustrian SIME UEP serta Jalan SS 15/6A Subang Jaya.

Jabatan Penguatkuasaan MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilik kenderaan yang menerima notis diberi tempoh tujuh hari untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak berkuasa akan menunda kenderaan tersebut tanpa kompromi.

"Sebanyak lima kenderaan telah ditunda dalam operasi sama, melibatkan lokasi seperti Jalan USJ 1/6, Jalan USJ 1/2A dan Jalan TKK 2/3, Puncak Jalil.

"Tindakan ini dilihat sebagai langkah tegas MBSJ dalam mengekang kegiatan meninggalkan kenderaan hingga menjadi usang, yang bukan sahaja merosakkan imej kawasan tetapi turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes dan ancaman penyakit lain," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, jabatan itu turut menyeru orang awam agar menyalurkan sebarang aduan berkaitan kenderaan terbiar atau pelanggaran peraturan terus ke laman web rasmi di https://www.mbsj.gov.my/ms/saluran-aduan atau menghubungi Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-8024 7700.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!