Enam maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Kenderaan yang dinaiki enam mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kalumpang, Semporna pada Ahad.
Kenderaan yang dinaiki enam mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Kalumpang, Semporna pada Ahad.
A
A
A

SEMPORNA - Enam termasuk bayi dan kanak-kanak dilaporkan maut, manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, kesemua mangsa yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Pemangku Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau, Edmund D Mahai Amboh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.58 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 35 kilometer.

"Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova dan Proton Wira.

"Terdapat 15 mangsa terlibat iaitu enam mangsa dari kenderaan Proton Wira terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita dewasa bersama seorang kanak-kanak perempuan serta seorang bayi lelaki disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Seorang lagi mangsa lelaki dewasa dalam kenderaan sama dilaporkan cedera, manakala empat lagi mangsa dalam kenderaan Isuzu D-Max dan empat mangsa dalam Toyota Innova tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut jurucakap lagi, kesemua mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Operasi ditamatkan pada jam 7.16 malam selepas anggota bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!