Serangan India ke atas Pakistan, apa yang perlu kita tahu

Anggota tentera paramiliter memeriksa bangunan yang runtuh di Kompleks Kesihatan dan Pendidikan Kerajaan selepas serangan India di Muridke, kira-kira 30 kilometer dari Lahore, Pakistan.-AFP
Anggota tentera paramiliter memeriksa bangunan yang runtuh di Kompleks Kesihatan dan Pendidikan Kerajaan selepas serangan India di Muridke, kira-kira 30 kilometer dari Lahore, Pakistan.-AFP
A
A
A

Latar Belakang Serangan:

Dua minggu selepas serangan militan yang mengorbankan pelancong di Kashmir yang ditadbir India, India melancarkan satu siri serangan di beberapa lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan pada awal pagi Rabu.

Menurut kementerian pertahanan India, serangan yang dinamakan 'Operasi Sindoor' adalah sebahagian daripada komitmen untuk memastikan mereka yang bertanggungjawab atas serangan pada 22 April yang mengorbankan 25 rakyat India dan seorang rakyat Nepal.

Namun, Pakistan yang menafikan sebarang penglibatan dalam serangan tersebut, menganggap serangan ini sebagai 'tidakan provokatif', dengan Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyatakan bahawa 'perbuatan jenayah ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja'.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-India di luar kawasan kecemasan di Hospital Victoria selepas mangsa yang cedera tiba di Bahawalpur, wilayah Punjab, pada 7 Mei 2025. -AFP
Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-India di luar kawasan kecemasan di Hospital Victoria selepas mangsa yang cedera tiba di Bahawalpur, wilayah Punjab, pada 7 Mei 2025. -AFP

Lokasi yang diserang:

India menyatakan bahawa sembilan lokasi telah diserang di kedua-dua wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan. India mendakwa sasaran mereka adalah 'infrastruktur pengganas' yang digunakan untuk merancang serangan terhadap India.

Menurut Pakistan, tiga kawasan yang diserang ialah Muzaffarabad dan Kotli di Kashmir yang ditadbir Pakistan, serta Bahawalpur di wilayah Punjab, Pakistan.

Tindak balas India:

Artikel Berkaitan:

India melancarkan serangan selepas minggu-minggu ketegangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara berikutan insiden tembakan di Pahalgam, sebuah kawasan peranginan di India. Serangan pada 22 April itu mengorbankan 26 orang, dengan mangsa mengatakan bahawa penyerang menyasarkan lelaki India.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyatakan bahawa negara itu akan memburu suspek 'hingga ke penghujung dunia' dan mereka yang terlibat akan menerima hukuman setimpal.

Walaupun India tidak menamakan sebarang kumpulan yang disyaki melakukan serangan tersebut, mereka menuduh Pakistan menyokong pengganas, sesuatu yang dinafikan oleh Islamabad.

Trak mengangkut kereta kebal tentera kelihatan di jalan raya di Muridke, kira-kira 30 kilometer dari Lahore, Pakistan.
Trak mengangkut kereta kebal tentera kelihatan di jalan raya di Muridke, kira-kira 30 kilometer dari Lahore, Pakistan.

Mengapa Kashmir menjadi titik panas?

Kashmir adalah wilayah yang didakwa sepenuhnya oleh India dan Pakistan tetapi hanya ditadbir sebahagian oleh masing-masing sejak kedua-duanya merdeka daripada Britain pada 1947. Kedua-dua negara telah berperang dua kali mengenainya.

Serangan baru-baru ini terhadap orang awam adalah yang pertama sejak India membatalkan Artikel 370 yang memberikan status semi-autonomi kepada Kashmir pada 2019.

Keputusan tersebut mencetuskan protes dan peningkatan aktiviti militan, walaupun pada masa yang sama sektor pelancongan di Kashmir turut berkembang.

Krisis Semasa:

Serangan India ini datang selepas serangan-serangan sebelumnya seperti serangan 'surgical' pada tahun 2016 dan serangan udara ke dalam Pakistan selepas serangan Pulwama pada 2019 yang mengorbankan 40 anggota paramilitari India. Walaupun tidak membawa kepada perang besar, dunia terus berwaspada terhadap potensi ketegangan yang lebih besar.

Setakat ini, Ketua Setiausaha PBB Antonio Guterres telah menyeru kedua-dua negara untuk 'menahan diri sebanyak mungkin', manakala Presiden AS, Donald Trump, berharap pertempuran ini akan berakhir dengan cepat. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!