Sinar Harian, MKN kongsi ilmu urus media ketika krisis

Peserta dari Maktab Ketahanan Nasional (MKN) hadir mengikuti Bengkel Pengurusan Media di Dewan Karangkraf, Karangkraf Sdn Bhd pada Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Peserta dari Maktab Ketahanan Nasional (MKN) hadir mengikuti Bengkel Pengurusan Media di Dewan Karangkraf, Karangkraf Sdn Bhd pada Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Kefahaman pegawai dan anggota keselamatan terhadap kepentingan perkongsian maklumat tepat yang segera kepada umum mampu mengawal keadaan ketika berlaku krisis atau insiden kecemasan.

Sehubungan itu, Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng berkata, kerjasama komprehensif antara tentera dan media amat penting bagi membolehkan maklumat disampaikan dengan cepat dan tepat sekali gus mencegah penularan berita palsu.

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng (kiri) dan Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.

"Kefahaman sedemikian penting terutama untuk pegawai-pegawai kanan kerana apabila lulus dari MKN, mereka akan memegang jawatan penting dan mungkin berhadapan dengan satu krisis yang perlu berhadapan dengan media.

"Sebagai pegawai atasan, mereka perlu mengetahui keadaan dan selesa dengan media kerana mahu pastikan fakta yang disampaikan tepat serta memberi keyakinan kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengurusan Media bersama Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin.

Peserta dari Maktab Ketahanan Nasional (MKN) hadir mengikuti Bengkel Pengurusan Media di Dewan Karangkraf, Karangkraf Sdn Bhd pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Peserta dari Maktab Ketahanan Nasional (MKN) hadir mengikuti Bengkel Pengurusan Media di Dewan Karangkraf, Karangkraf Sdn Bhd pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Bengkel melibatkan 24 penuntut MKN itu turut dihadiri pegawai kanan tentera termasuk wakil dari Bangladesh, Brunei, Indonesia, Thailand, Jordan dan Qatar.

Sementara itu, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berpandangan, pendedahan melibatkan pengetahuan media perlu diperluaskan kepada pelbagai organisasi keselamatan negara dan tidak terhad kepada tentera berpangkat tinggi.

Beliau berkata, kefahaman mengenai tatacara berurusan dengan media penting supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat lebih tepat dan berkesan, terutama dalam era teknologi masa kini,.

Artikel Berkaitan:

“Kalau didedahkan dengan media, mereka boleh mengendalikan sesuatu kes dengan lebih baik dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada negara.

“Program seperti ini perlu diperluaskan kepada organisasi lain seperti polis dan bomba dan tidak terhad kepada anggota tentera kerana pengetahuan (mengendalikan media) sangat penting.

“Anggota keselamatan merupakan tonggak pertahanan negara, jadi mereka kena berhadapan dengan media supaya rakyat dapat maklumat tepat,” ujarnya.

Zamri (kanan) ketika bercakap di Bengkel Pengurusan Media bersama Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Zamri (kanan) ketika bercakap di Bengkel Pengurusan Media bersama Kumpulan Karangkraf pada Isnin. FOTO SINAR HARIAN ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program kali kedua diadakan itu memberi pendedahan kepada penuntut MKN berkaitan pembinaan naratif yang tepat, kaedah mengendalikan sidang media, membuat kenyataan rasmi, penafian dan kenyataan balas terhadap sesuatu isu berdasarkan situasi yang diberikan.

"Dunia sekarang terlalu kompleks, sangat cepat dan semuanya berlaku secara masa nyata.

"Oleh yang demikian, mereka perlu tahu bagaimana untuk bertindak segera, naratif apa yang mahu dibina selain membina hubungan baik antara organisasi keselamatan dan media, bagi memastikan komunikasi dua hala berjalan lancar ketika berdepan situasi genting,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!