Serbuan GRO: Tonto beri isyarat bongkar kehadiran imigresen

Antara wanita warga asing yang ditahan JIM Selangor di sebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jumaat.
Antara wanita warga asing yang ditahan JIM Selangor di sebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jumaat.
A
A
A

PUCHONG - Aktiviti disyaki tonto yang memberi isyarat serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas sebuah pusat hiburan, di sini, dikesan selepas pemeriksaan telefon bimbit milik gadis pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan.

Serbuan pada Jumaat itu telah dijalankan sepasukan JIM Selangor hasil maklumat dan risikan ke atas dua buah premis iaitu kafe bistro serta pusat hiburan.

Namun, semasa serbuan di premis kedua, pemeriksaan ke atas aplikasi sosial milik seorang tangkapan wanita warga asing mendapati terdapat paparan gambar kehadiran JIM yang disyaki dihantar oleh seorang lelaki.

Ketika operasi dijalankan, terdapat cubaan GRO warga asing bersembunyi dalam almari selain berpura-pura sebagai pelanggan pusat hiburan. Malah, segelintir pekerja premis juga cuba bertindak melarikan diri.

Namun, tindakan cekap dan pantas pasukan operasi menggagalkan helah terbabit.

Pemeriksaan di telefon bimbit seorang tangkapan menunjukkan gambar kehadiran JIM semasa serbuan yang dikongsikan individu disyaki tonto di sebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jumaat.
Pemeriksaan di telefon bimbit seorang tangkapan menunjukkan gambar kehadiran JIM semasa serbuan yang dikongsikan individu disyaki tonto di sebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, operasi ke atas dua premis terbabit bermula jam 6 petang dengan pemeriksaan terhadap 37 individu sebelum menahan 23 warga asing berusia 22 hingga 44 tahun.

"Serbuan di premis pertama menahan 17 lelaki melibatkan 16 warta Myanmar serta seorang Bangladesh, manakala premis kedua menahan tiga wanita melibatkan masing-masing warga Thailand, Vietnam serta Maghribi selain tiga lelaki Bangladesh.

"Kesemua tangkapan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit bekerja sebagai GRO.

Tambahnya, kesemua warga asing terbabit dipercayai masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Bukit Kayu Hitam, Kedah selepas diuruskan oleh ejen mereka.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!