Imigresen serbu pusat hiburan, 54 warga asing ditahan

Seramai 53 warga asing ditahan selepas imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Mount Austin.
Seramai 53 warga asing ditahan selepas imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Mount Austin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 53 warga asing atas pelbagai kesalahan selepas menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Mount Austin di sini pada Selasa.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan menerusi Op Gegar itu dilakukan penguta kuasa Bahagian Penguatkuasa JIM Johor.

"Seramai 109 individu termasuk warga asing dan tempatan diperiksa. Tangkapan turut melibatkan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis berusia 35 tahun.

Sebuah pusat hiburan di Mount Asutin diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor.
Sebuah pusat hiburan di Mount Asutin diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor.

"Seramai 53 warga asing yang terdiri daripada, 11 warga Thailand (10 wanita, 1 lelaki); 29 warga Vietnam (22 wanita, 7 lelaki) ;4 wanita warga Laos ;7 warga India (6 lelaki, seorang wanita); seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki warga Indonesia ditahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

"Kesemua warga asing terbabit disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala lelaki tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Seramai 53 warga asing ditahan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Taman Mount Austin.
Seramai 53 warga asing ditahan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah pusat hiburan terkemuka di Taman Mount Austin.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak enam notis hadir ke pejabat dikeluarkan sepanjang operasi tersebut bagi membantu siasatan. Semua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!