Tiga lelaki 'katak' ditahan mengemis

Antara pengemis menggunakan maskot kartun yang dicekup dan diberi amaran oleh JKM. Foto ihsan JKM
Antara pengemis menggunakan maskot kartun yang dicekup dan diberi amaran oleh JKM. Foto ihsan JKM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga lelaki yang mengenakan maskot karakter kartun bagi meraih simpati orang awam ditahan dalam Operasi Khas Maskot yang dijalankan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, pada Jumaat.

Operasi ad-hoc bermula jam 10 pagi hingga 9.30 malam itu dilaksanakan susulan aduan tular berhubung peningkatan kegiatan pengemis menggunakan pakaian maskot, khususnya menjelang Ramadan.

Menurut JKM, antara lokasi operasi ialah persimpangan lampu isyarat Angsana serta Jalan Padi Emas 1, di Bandar Baru Uda yang dikenal pasti sebagai tumpuan ramai termasuk pengunjung bazar Ramadan.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit didapati memakai maskot katak dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di tengah pembahagi jalan serta di persimpangan lampu isyarat, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.

“Semua individu berkenaan dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru untuk diambil keterangan dan maklumat latar belakang,” maklum kenyataan itu.

Jelas JKM, mereka kemudian dilepaskan dengan amaran lisan dan bertulis selepas menandatangani aku janji di hadapan Pegawai Penguat Kuasa JKM.

JKM memaklumkan tindakan di bawah Akta Orang Papa 1977 boleh dikenakan sekiranya mereka mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang.

Jabatan tersebut turut menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan bantuan melalui saluran yang betul dan sah.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga lelaki menggunakan kostum maskot kartun untuk meraih simpati dan meminta sedekah ditangkap di Johor Bahru
  • Operasi Khas Maskot ini dilakukan menanggapi aduan tular tentang pengemis berpakaian maskot menjelang Ramadan
  • Lokasi operasi termasuk persimpangan Angsana dan Jalan Padi Emas 1, tempat tumpuan pengunjung bazar Ramadan
  • Individu yang ditahan menimbulkan risiko keselamatan kerana meminta sedekah di tengah jalan dan persimpangan
  • Selepas ditahan, mereka diberi amaran lisan dan bertulis serta dilepas dengan syarat tidak mengulangi perbuatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!