Anggota bomba buat komen jelik berkaitan politik berdepan tindakan

Farhan Sufyan
Farhan Sufyan
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal berdepan tindakan tata tertib apabila dikesan membuat hantaran komen jelik berkaitan politik di laman sosial miliknya pada penghujung Mac lalu.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, siasatan ke atas anggota yang berusia 40-an itu telah dilakukan.

"Amaran kepada anggota berkenaan telah diberikan, bagaimanapun setakat ini belum ada tindakan yang diambil. Kami sedang menunggu maklum balas daripada ibu pejabat.

"JBPM Kelantan sentiasa memantau dari masa ke semasa serta memberikan nasihat dan peringatan kepada pegawai serta anggota supaya lebih berhati-hati apabila memberi komen di laman sosial," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan di Tok Bali di sini pada Khamis malam.

Menurut beliau, JBPM Kelantan sentiasa memberi galakan kepada pegawai dan anggota untuk bergiat aktif di media sosial namun perlu berhati-hati dengan agama, kaum, dan institusi diraja (3R), dasar kerajaan serta elak komen jelik.

Ujarnya, ini kerana mereka sebagai penjawat awam terikat dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan anggota JBPM diingatkan agar berhati-hati ketika menggunakan media sosial, khususnya dalam mengulas isu-isu sensitif yang tidak selaras dengan etika penjawat awam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts Nor Hisham Mohammad berkata, walaupun media sosial adalah medium yang baik untuk menyampaikan maklumat, penggunaannya perlu mematuhi garis panduan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, dalam tempoh dua tahun lalu, sebanyak 18 anggota telah menerima surat peringatan manakala seorang anggota bomba bantuan digantung tugas selama tiga bulan kerana melanggar etika penggunaan media sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!