Mengapa haram guna duit raya anak? Berikut penjelasan agamawan

HARAM untuk menggunakan duit raya anak walaupun untuk tujuan keperluan mereka. Foto Canva
HARAM untuk menggunakan duit raya anak walaupun untuk tujuan keperluan mereka. Foto Canva
A
A
A

UMUM mengetahui ibu bapa haram menggunakan duit raya anak walaupun bertujuan untuk membeli makanan atau keperluan mereka.

Ini kerana keperluan anak-anak adalah tanggungjawab bapa yang sepatutnya menyediakannya menggunakan duit sendiri.

Bagaimanapun masih ramai yang ‘curi-curi’ menggunakan duit raya anak atas alasan kesempitan wang selepas banyak berbelanja sempena bulan puasa dan raya baru-baru ini.

USTAZ AZHAR
USTAZ AZHAR

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, sekarang ini ramai ibu bapa membuat hukum sendiri dengan menggunakan duit raya anak-anak.

“Ingatlah duit anak adalah harta anak. (Begitu juga dengan) duit emak, harta emak. Jangan fikir bila sudah jadi emak, boleh guna duit anak. Itu bukan ajaran Islam.

“(Harta) anak hak anak. Anak haram curi duit emak, begitu juga emak haram curi duit anak. Anak haram curi duit ayah, ayah juga haram curi duit anak. Suami haram curi duit isteri, isteri juga haram curi duit suami,” jelasnya di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Menghuraikan lebih lanjut, ibu bapa haram mengambil duit raya anak-anak lebih-lebih lagi anak tersebut masih belum baligh melainkan untuk tujuan simpanan.

TIDAKLAH diwajibkan untuk memberi duit raya namun ia sudah menjadi adat sempena meraikan hari raya. Foto Canva
TIDAKLAH diwajibkan untuk memberi duit raya namun ia sudah menjadi adat sempena meraikan hari raya. Foto Canva

Katanya, walaupun anak-anak membenarkan ibu bapa untuk menggunakan duit raya tersebut, ia masih tidak boleh digunakan kerana ia tidak sah di sisi Islam jika mereka masih belum baligh.

“Oleh sebab itu apabila ada kematian, jangan digunakan duit si mati untuk tujuan tahlil sekiranya dia masih ada anak yatim.

“Ini kerana hukum mengadakan majlis tahlil adalah harus sahaja,” katanya.

DUIT raya anak-anak adalah hak anak dan ibu bapa sepatutnya menyimpannya di dalam akaun bank atau Tabung Haji mereka. Foto Canva
DUIT raya anak-anak adalah hak anak dan ibu bapa sepatutnya menyimpannya di dalam akaun bank atau Tabung Haji mereka. Foto Canva

Ujarnya lagi, umat Islam sepatutnya patuh dengan hukum tersebut dan bukannya mempertikaikannya.

“Tahukah apa itu Muslim? Muslim ialah orang yang tunduk dengan hukum agama,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!