Tiga warga asing kes pecah rumah di Subang Jaya diberkas

Tiga lelaki warga asing disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
Tiga lelaki warga asing disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu. (Gambar kecil: Wan Azlan) Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Tiga lelaki warga asing disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar daerah ini, ditahan dalam serbuan berasingan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 20-an pada jam 5.30 pagi semalam di Taman Puchong Utama.

"Susulan tangkapan dan siasatan lanjut, kita menahan dua lelaki berusia 20-an di Taman Sentosa Perdana Klang, dan Kota Damansara, Petaling Jaya.

“Kita turut menemui semula barangan mangsa kes pecah rumah yang disimpan di sebuah rumah di Taman Puchong Utama," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Wan Azlan berkata, siasatan awal mereka mengaku terbabit dalam kes pecah rumah terbabit.

"Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kes berasingan, Wan Azlan memaklumkan, pihaknya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes curi barangan di dalam kereta yang diparkir di Taman Subang Mas, di sini, pada hari sama.

"Kita menerima laporan polis yang dibuat oleh orang awam terdapat suspek lelaki memandu kereta berhenti di kawasan belakang lorong Blok B Taman Subang Mas sebelum mengumpil kereta dan mencuri barangan berharga di dalamnya.

"Pemilik kereta membuat pemeriksaan dan mendapati ada kesan umpilan pada bahagian pintu kenderaan dan terdapat barang hilang dipercayai dicuri oleh suspek," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 12.30 tengah hari, sepasukan pegawai polis menahan suspek dan merampas barangan curi di Taman Alam Nyata, Shah Alam.

“Hasil siasatan awal suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah dan narkotik mengaku terbabit dengan kes yang sedang disiasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!