Keputusan rayuan Syed Saddiq: Kekal bersalah atau...?

Keputusan berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), dinantikan masyarakat negara ini. Foto Bernama
Keputusan berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), dinantikan masyarakat negara ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Keputusan berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), dinantikan masyarakat negara ini.

Perkembangan kes ini menarik perhatian umum kerana Syed Saddiq, yang juga bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan serta dikenali sebagai ahli politik vokal dalam isu integriti dan anti-rasuah.

Sabitan terhadapnya menimbulkan persoalan mengenai ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran negara.

Rayuan yang didengar bermula hari ini akan menentukan sama ada keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan atau dibatalkan.

Keputusan itu bukan sahaja penting bagi Syed Saddiq, tetapi juga bagi imej institusi kehakiman dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

Hasil rayuan ahli politik berusia 33 tahun itu mungkin memberi impak terhadap landskap politik negara, terutama dalam kalangan pengundi muda yang sebelum ini menyokongnya.

Sebagai rekod, prosiding didengar di hadapan panel tiga hakim dengan pihak pembelaan diketuai peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Syed Saddiq selaku perayu, memulakan hujahan terhadap sabitan dan hukuman.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Armada.

Artikel Berkaitan:

Keputusan itu menjadikan Syed Saddiq sebagai wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebat bagi kesalahan jenayah kolar putih.

Berbeza dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta tanpa sebatan, hukuman sebat tidak dikenakan terhadapnya kerana usianya melebihi 50 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!