Macam ‘Romeo dan Juliet’ - Ibu Syed Saddiq

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astilah sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas ibu kepada ahli Parlimen itu memberi reaksi positif terhadap keakraban mereka.
Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberi jawapan santai menerusi sesi siaran langsung bersama pengguna akaun TikTok, Space Dollah iaitu anaknya Syed Abdullah.
“Macam Romeo dan Juliet. Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun tidak pernah buat... tidak pernah berenang, tidak pernah naik gunung,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella sedang hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian terkenal.
Selain banyak menghadiri sesi bergambar bersama, mereka juga turut meluangkan masa malah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


