Bersatu buat pengumuman penting malam ini

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan 26 ahli parlimen di Bangunan Yayasan Al-Bukhary pagi tadi.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan 26 ahli parlimen di Bangunan Yayasan Al-Bukhary pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu pengumuman penting dijangka dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan pertemuan diadakan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 26 ahli Parlimen dari parti berkenaan.

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika beredar keluar meninggalkan Yayasan Al-Bukhari pada jam 12.50 tengah hari.

"Tunggu malam ini, tunggu malam ini," katanya ketika diajukan media berhubung intipati pertemuan bersama Dr Mahathir hari ini.

Mohd Redzuan kemudiannya melambai tangan sambil beredar keluar menaiki kenderaan Toyota Velfire berwarna putih.

Sebahagian pemimpin Bersatu lain turut beredar secara berperingkat sejak jam 12 tengah hari, namun kelibat Dr Mahathir masih belum kelihatan.

Terdahulu, pertemuan Dr Mahathir bersama ahli-ahli Parlimen Bersatu itu dipercayai membincangkan perkembangan terkini parti serta pembentukan kerajaan baharu.

Selain itu, isu kemungkinan meletakkan Presiden Bersatu,Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri juga dijangka menjadi perbincangan utama pertemuan itu.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M jumpa ahli-ahli Parlimen Bersatu pagi ini

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Tiada keperluan bertemu Dr Mahathir: Anwar

Artikel Berkaitan:

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara

Pas tuntut bubar Parlimen, adakan PRU15

'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'