'Tak puas hati Kabinet baharu hanya sementara...'

Che Johan (tengah) selepas sidang media di Pasir Mas, di sini hari ini.
Che Johan (tengah) selepas sidang media di Pasir Mas, di sini hari ini.
A
A
A

PASIR MAS - Ketidakpuasan hati beberapa pihak berhubung pembentukan Kabinet baharu hanya bersifat sementara.

Ketua Bersatu Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa berkata, pemimpin Melayu sepatutnya memberi fokus kepada pembentukan negara yang lebih baik terutama rakyat yang sudah lama menanti kerajaan baharu.

“Mungkin ada sedikit tentangan tetapi saya yakin ia akan reda. Kalau dulu, kita salahkan DAP, tapi sekarang ini DAP sudah tiada.

“Sepatutnya tidak timbul sebarang isu kerana pemimpin kerajaan kita majoritinya Melayu. Kita perlu terus ke hadapan dengan pentadbiran baharu ini,” katanya kepada pemberita di sini ketika sidang akhbar berkaitan sokongan ahli Bersatu Bahagian kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.