Komposisi Kabinet tak adil kepada UMNO, kata Tok Mat

Mohamad
Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana komposisi Kabinet yang disifatkannya berat sebelah.

Menurutnya, UMNO sebagai blok ahli Parlimen terbesar dalam Perikatan Nasional telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil dan boleh dilihat daripada dua perkara.

Beliau berkata, ia membabitkan pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal sedangkan pemimpin UMNO mempunyai tahap pengalaman yang tinggi.

“Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.